Tuesday, 29 November 2011

Ubat hati...


Kesedihan. Sifat seorang manusia. Anda seorang yang hebat? siapa? Luruskan tangan anda ke atas supaya dapat aku lihat gagahnya peribadimu. Setiap insan ada pasang surutnya emosi, sehingga tercatat sejarah manusia terulung sekalipun diuji Allah. Muhammad s.a.w benar-benar sedih ketika Abi Talib yang menjadi pelindung utamanya wafat pada bulan Ramadan 2 SH, dalam usia 87 tahun. Belum hilang kesedihannya, Khadijah, isterinya yang baginda cintai dan selalu mendampingi baginda dalam perjuangan, juga meninggal dunia. Muhammad s.a.w sangat sedih dengan wafatnya kedua orang yang menjadi pembela risalahnya itu. Karena itu, tahun ke- 10 kenabian ini disebut 'Am al-Huzn (tahun duka cita). 

          Hati yang luka perlu dirawat secepat yang mungkin, namun penting untuk kita mengetahui apakah cara dan tindakan yang sesuai diambil. Ianya hanya cadangan atas pengalaman yang dilalui. Jadi sudah tentu ianya berbeza mengikut individu. Bagi Rasulallah tahun ke-10 kenabian adalah saat yang cukup menyedihkan, tapi siapa tahu adakah tahun ini pula giliran kita diuji Allah. Oleh itu sentiasalah bersiap sedia, mempersiapkan diri.     


    
Menangis- Menurut kajian, cara luahan hati atau perasaan yang terbaik adalah dengan menangis. Mungkin anda kelihatan sangat teruk untuk beberapa hari mengikut jenis kekecewaan yang anda alami. Teruskan dengan tangisan anda tetapi pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama. Pasti selepas anda sudah puas menangis akan berlaku perubahan yang ketara di dalam kehidupan anda. Anda seharusnya perlu untuk melakukan sesuatu yang mampu untuk membahagiakan daripada meratapi kesedihan yang dialami. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.

Luahkan perasaan dengan kenalan yang rapat- Suatu kekecewaan yang dialami tidak seharusnya dipendam, sebaiknya ia perlu diluahkan. Luahkan perasaan terhadap orang yang anda percayai. Jangan pendamkan perasaan sehingga ia mampu untuk mempengaruhi anda melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Menurut kajian terhadap mangsa yang pernah cuba untuk membunuh diri, lebih 80% bersetuju bahawa mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada orang lain. Antara alasan mereka adalah kerana tidak mempunyai mana-mana perhubungan yang rapat dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Ia sememangnya satu tindakan yang salah sekiranya anda memendamkan perasaan.

Sibukkan diri- Suatu kesedihan akan terus menjadi teruk sekiranya anda hanya memikirkan mengenai kesedihan itu. Lakukan sesuatu yang mampu untuk mengalih pemikiran anda. Anda juga boleh membuat perancangan untuk masa depan. Adakah anda akan terus menangis untuk jangka masa setahun dari sekarang? pasti tidak bukan. Lebih baik anda memikirkan mengenai perancangan yang sepatutnya dilakukan daripada memikirkan mengenai kesedihan yang telah dialami. Tinggalkan kesedihan yang dialami dan jadikannya sabagai pencetus motivasi untuk anda terus berjaya pada masa akan datang.

          Dekatkan diri kepada Allah- Jika semua usaha itu tidak anda setujui, percayalah saya untuk yang terakhir ini. Anda cuba, anda akan mengerti. Itulah yang di ajar nabi, dekatkan diri pada ilahi. Mengadu lah kepada Allah, jadikan rumah-rumah Allah tempat persinggahan anda. Namun harus di ingat apabila anda pulih tetapkan usaha anda ini kerana percayalah sejauh mana anda pergi , sehebat mana nikmat anda kecapi, dan setinggi mana kejayaan anda garapi, anda tetap memerlukan Ilahi. Dia yang menciptakan fitrah, perasaan dan hati anda, maka tidak hairanlah Dia pemilik ubat hati. 


Kadang-kadang lagu juga boleh menjadi terapi minda yang baik. Jangan sekali-kali mendengar lagu yang mampu melemahkan jiwa anda. Pemilihan lagu yang baik juga amat penting. Pilihlah lagu yang mampu membuatkan jiwa anda tenang dan tenteram apabila mendengarnya. 


p/s : Lagu UBAT HATI dari OPIC pun sedap jugak layan utk rawat hati.. 



No comments:

Post a Comment