Engkaulah dia,
Engkaulah bahagia
Engkaulah pembela,
Engkaulah penjaga setia,
Engkaulah tempat berduka,
Engkau segalanya...
Emak, sepanjang usia wan, tidak pernah lagi melihat emak memakai baju baru sedangkan anakmu masih tiada baju untuk diacu....
Emak , sepanjang usia wan, tidak pernah lagi berjumpa walaupun sekali emak kenyang menjamu , sedangkan anakmu lapar menahan nafsu...
Emak, sepanjang usia wan tidak pernah lagi melihat mak berehat bersantai sahaja sedangkan anakmu lelah mencari rezeki untuk dikongsi...
Emak, sepanjang usia wan, tidak pernah lagi mendengar emak mengadu letih walaupun semua keringat mak diperah gigih...
Emak, sepanjang usia wan tidak pernah lagi melihat mak ketawa sekiranya anak - anak mak berada dalam keadaan susah dan duka...
Emak , walaupun mulut ini jarang menzahirkan rasa kasih dan sayang, tapi percayalah mata ini akan menjadi saksi rasa kasih dan sayang antara kita. Aku mengkagumi mu wahai emak, walaupun tidak dibekalkan harta yang melimpah , engkau masih mampu membesarkan kami adik beradik, tidak pernah kami kelaparan. Sepanjang 22 tahun perkenalan kita banyak benda yang telah mendukakan hati emak, tapi ternyata walaupun zahirnya emak tahu membilang , namun batinya hati emak tidak tahu mengira, mak selalu lupa yang dah berapa banyak peluang yang emak berikan kepada wan untuk membaiki diri ini supaya menjadi anak yang lebih baik...
selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 61 tahun mak
wan sayang mak...
p/s : Jika engkau terpaksa mengangkat ibumu kemana sahaja kerana lumpuhnya selama berpuluh tahun, ketahuilah dengan perbuatan mu itu tidak dapat membalas jasa ibu mengandungkan mu apatah lagi pengorbanan ibu yang membesarkanmu...
No comments:
Post a Comment