Hari ini lengkap penuh tiga hari ujian akhir semester dijalankan. kadangkala terdengar juga keluhan badan membisikan kata-kata sinis kepenatan. hendak katakan aku belajar dengan begitu berat dan tekun memang jauh api dari panggang. Tapi mungkin sebab kenangan membuatkan hati ini begitu sayup jauh terkilan...
Mungkin setiap mata yang memandang tertanya atau barangkali sedikit mencebik dengan nada menyindir 'apa kaitan kek , puzzle dan pena'. ramai tidak tahu dan mungkin juga rakan-rakan terdekat tidak tersentuh dan merasakan apa yang aku fikirkan. memandang pena itu sahaja sudah mengingatkan aku pada sebuah kenangan.sebuah kebahgiaan dan juga kejauhan.
Setiap kali tibanya peperiksaan, pena itu akan aku keluarkan dari simpanan. Dakwatnya aku gunakan dalam meneman di dalam kesukaran. Doa kepada Tuhan itu menjaadi keutamaan namun disebalik genggaman kemas pena itu terselit dan tersirat ribuan kesatuan dan perjanjian. Mungkin bagi mereka, dia dan anda pena itu hanya satu alatan menulis yang biasa. Kebetulan dengan harganya yang tidaklah begitu tampan mungkin tong sampah tempatnya di simpan tapi bagi aku itulah pena penaman dikala aku kerinduan.
Melihat pena itu menari - nari dijari dan sekali sekala ia berjalan lancar diatas kertas jawapan peperiksaan mengingatkan aku pada suatu tarikh kelahiran. Tarikh penting yang jarang aku lupakan. Insan itu membekalkan aku pena sebagai kenangan. Sambil termenung memikirkan jawapan peperiksaan, aku ucapkan sekalung doa sebagai balasan. Harap anda sedang tenang mengharungi hari-hari mendatang. Bertambah rezeki dan sentiasa berada bawah keberkatan dan kebahgiaan. Selalu berpesan itu suatu kemurniaan dan menjadi tuntutan. Terima kasih untuk pena yang pernah anda berikan sebagai hadiah perkenalan.
Terniat di hati untuk menzahirkan kata-kata ucapan indah di hari kelahiran. Tapi apalah kiranya jika ucapan itu keluarnya dari hati seorang insan yang tidak berkesempatan. Aku rindukan kebahagiaan , aku juga insan yang kekurangan seribu satu kelebihan. ucapan " selamat hari lahir sayang" terngiyang - ngiyang di fikiran. tapi sifat sedar diri dan segan aku pendamkan semuanya dalam satu simbol lelehan air tangisan. Jika suatu hari nanti terkalau entry ini sampai ke pandangan, saya berharap agar ucapan ini masih valid dan bisa digunakan.
Mungkin aku agak keterlaluan , membuli kaum hawa dengan seribu satu pertanyaan. aku letakan seribu satu kesilapan. 17 November masih selalu segar di ingatan. kerana tiadanya keizinan dan kesempatan serta laluan saya pendamkan indah ucapan dalam fikiran. happy birthday sayang. :(
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-22
No comments:
Post a Comment