Sukan Sea 2011 melabuhkan tirainya. Pelbagai kontriversi dan provokasi dilihat sepanjang acara sukan Asia Tenggara ini dijalankan. Syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang dari Malaysia dan juga tuan rumah Indonesia yang menjadi Johan bagi kejohanan pada kali ini. Namun yang tidak sedap di dengar dan ngak berapa enak dilihat adalah dari segi kesepaduan, kesatuan dan muhibah antara Negara serumpun ini. Dihubungkan dengan bahasa yang mirip sama, adat yang persis jitu tinggi serta agama yang dianuti juga majoritinya Islam tetapi disebabkan beberapa isu dan perkara yang samar-samar kesahihanya Malaysia dan Indonesi dilihat seperti dua buah negera yang sedang bercakaran.
Jika dilihat kepada sukan sudah semestinya ia adalah agen penyatuan dan kesefahaman antara Negara. Bahkan jika dilihat tujuan sukan olimpik sekalipun sukan adalah salah satu medium terbaik bagi semua Negara yang terlibat mengukuhkan lagi jalinan diplomatik, social dan sebagainya. Namun saya fikir kejohanan pada kali ini tidak mendatangkan impak yang berapa positif berdalilkan kepada banyak page-page provokasi antara Malaysia dan Indonesia di Facebook dan internet.
Secara peribadi saya ingin berkongsikan sedikit personal view tentang perkara ini. Walaupun bukan hebat dalam bolasepak namun saya rasakan provokasi bakar bendera Malaysia, tidak hormat kepada nyanyian lagu kebangsaan dan raja kita bukan hanya disebabkan oleh bola sepak semata-mata tetapi disebabkan beberapa faktor atau perkara yang lain. Mungkin ada masalah-masalah terpendam yang masih berbuku dihati mereka maka pertandingan bolasepak di Jakarta ini menjadi medium yang baik bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka berikutan mereka mengetahui Jakarta akan dihujani dengan ribuan media massa seluruh dunia.
Antara perkara berbangkit yang saya rasa menyebabkan sebahagian rakyat Indonesia begitu benci kepada Negara Malaysia ialah
1. Isu lagu ‘negaraku’ yang berasal dari lagu terang bulan. Lagu terang bulan popular di Indonesia antara tahun 1920. Karya itu juga masih ada dalam simpanan rekod sehingga sekarang. Namun apa yang harus diketahui dan ini juga adalah fakta bahawa lagu terang bulan juga diambil daripada lagu lain. Apakah ini betul??? Ianya adalah fakta pada tahun (1780-1857) lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1877) diambil RAJA MUDA PERAK dari orkestra Perancis yang membuat persembahan. Kemudian pada tahun (1888) menjadi LAGU RASMI PERAK dan dimainkan di Britain mengiring SULTAN PERAK ke majlis permahkotaan QUEEN VICTORIA (1957). Dari LAGU PERAK digubah menjadi NEGARAKU. Namun (1920) diambil oleh opera Indonesia di SINGAPURA digubah sebagai TERANG BULAN dan menjadi popular di Indonesia. Pierre Jean de Beranger pernah dipenjara semasa zaman Napaleon, kemudian menjadi tokoh republic,dan diakhir usia mendapat perhargaan daripada Napaleon tetapi ditolak. Kalau mengikut fakta sejarah ini mereka faham seharusnya Indonesia tidak perlu melatah dalam hal ini.
2. Isu lagu ‘rasa sayang eh’. Lagu yang mak kita biasa nyanyikan sewaktu kecil-kecil dahulu. Indonesi berpendapat bahawa lagu ini milik Indonesia dan telah dipaternkan seawall tahun 1962. Namun Allahyarham P.Ramlee telah memperkenalkan lagu ini seawall tahun 1959 dalam cerita seniman bujang lapok (boleh pegi tengok sekarang). Siapa yang ciplak siapa sekarang? Namun Malaysia tidak pernah klaim Indonesia dalam hal ini. Lagipun lagu je pun. Tak kan adik nak marah abang mengenai hal lagu je.
3. Isu rending,kunyit,batik,tarian barongan dan tempe. Makanan popular dikalangan penduduk Sumatra barat iaitu rending sangat popular di Malaysia. Seperti semua orang tahu ianya adalah makanan terhebat orang Minang. Begitu juga dengan tempe yang begitu sinonim dengan masyarakat jawa di Malaysia. Perlu diingat ramai penduduk Indonesia yang berhijrah ke Tanah Melayu antaranya orang jawa, minang dan riau. Tak kan salah, mereka hendak mengekalkan cara hidup, masakan, tarian,seni dan bahasa mereka di bumi Malaysia?? Penukil rasa/teka kalau di Indonesia ada budu pun dia nak kata orang kelantan ciplak makanan dia. huhu.. Asimilasi inilah yang menyebabkan makanan-makanan tersebut telah sebati dengan lidah kami. Memandangkan pula Datuk saya sendiri adalah orang minang pure(authentic) Padang Sumatera Indonesia. Tak tergamak kami nak menghina bangsa kami sendiri.
4. Isu lagu ‘burung kakak tua’. Indonesia mengatakan bahawa ini lagu mereka dan bukan lagu Malaysia. Lagu/rhythm berasal dari lagu Portugis. ‘Burung kakak tua, HINGGAP di jendela’ versi Malaysia. ‘Burung kakak tua, TERA di jendela’ versi Indonesia. TERA = HINGGAP. Namun jendela itu sendiri adalah bahasa portugis (tingkap) yang diserap oleh bahasa melayu. Kita sama-sama ‘menciplak’ bahasa orang. Itu menandakan Indonesia dan Malaysia adalah serumpun dan bersaudara.
Cukup – cukuplah memanggil kami dengan panggilan ‘MALINGSIA’ atau ‘MALINGSIAL’. Kami bukan pencuri, itu adalah proses pertumbuhan bangsa atau ketamadunan. Indonesia sendiri ‘MALING’ kalau begitu. Nah saya tunjukan bukti
1. Indonesia sangat terkenal dengan irama dangdut. Namun pada awal 50-an dangdut masih disebut sebagai PAMI (persatuan artis musikus melayu). Ini bermakna rakyat Indonesia ketika itu masih dipengaruhi dengan muzik melayu dan figur terkenal pada zaman itu adalah P.RAMLEE. Keroncong yang dipertandingkan oleh Indonesia ke peringkat luar juga adalah muzik melayu. Dan apa yang lebih memeranjatkan MELAYU yang saya sebutkan dalam artikel ini adalah MALAYSIA iaitu TANAH MELAYU. Maksudnya Indonesia juga meminjam irama muzik Malaysia dan agak aneh apabila mereka menuduh-nuduh kita menciplak lagu mereka. Inilah yang dinamakan sebagai lintas budaya atau akulturasi bukan plagiat. Kita saling menolong dan membantu, kita seringkali melakukan hal yang sama. Kita kan adik beradik J.
2. Lagu kebangsaan negara indonesia juga di ambil dari lagu negara lain. 'Peanut peanut tasty tasty' dari Netherlands telah digubah liriknya dan dijadikan lagu negara Indonesia. sehingga hari ini lagu itu masih bisa didengari oleh semua rakyat indonesia. kita sama dan serumpun kan??
3. Bendera indonesia serta jata negara itu 'diubah sedikit' dari bendera dan jata negara Poland.
Inilah asimilasi dan akulturasi. bukan ciplak kan kawan?? jadi tak perlulah bakar bendera negara Malaysia. walaupun bendera kalian 'mirip hampir' dengan bendera Poland kami tetap menghormati bendera kalian.
oleh itu rakyat Indonesia janganlah marah dan simpan dendam kepada kami. Berjuta dolar setahun matawang Ringgit Malaysia dibawa masuk ke negara Indonesia. Kami dan sebahagian rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia masih mampu untuk sama-sama hidup dalam keadaan harmoni. Kita bersatulah di bawah satu payung keislaman seperti bersatunya Tok Janggut, As-Syahid Abd Rahman Limbong, Sheikh Daud Palembang dan Sheikh Ahmad Abdullah Fatani. jadikan agama sebagai penyatu. kami rakyat Malaysia masih terbuka hati kerana kita kan satu family.
"hendak diluah mati mak,hendak ditelan mati bapak"
p/s : bila berbicara soal Indonesia, hati ini teringat kepada arwah datuk yang juga 'orang Indonesia'. Al-Fatihah buat atuk..
untuk tontonan peminat team harimau malaya :)
http://www.youtube.com/watch?v=rNLTfPqJuAE&feature=related
untuk tontonan peminat team harimau malaya :)
http://www.youtube.com/watch?v=rNLTfPqJuAE&feature=related
No comments:
Post a Comment