Thursday, 4 August 2011

ToBLerONe



Manusia pertama di dunia dijadikan daripada tanah. Semua setuju kecuali pendokong kuat teori evolusi yang percaya datuk moyang mereka adalah “BERUK”. Dan disebutkan dalam Al-Quran bahawa manusia terjadi daripada setitik air mani yang hina. Tanah atau air mani? Aku mula tertanya2. Tapi bila fikir2 kan semula air mani dihasilkan badan manusia → manusia makan nasi → nasi daripada padi → padi hidup dengan tanah. Begitu juga dengan semua hidupan lain. Burung misalannya, Burung makan beluncas → beluncas makan daun → daun daripada pokok → pokok perlukan tanah. Cuba pilih satu hidupan, pasti semuanya berakhir ke tanah. 


Tapi bukan tanah yang ingin aku highlight. Seperti tanah, cinta juga dicipta oleh Allah dengan pelbagai keadaan. Setiap makhluk, benda, terjadi dengan rasa cinta pada dasarnya. Hidupnya Hawa atas rasa cinta Adam. Hidupnya kita atas rasa cinta ibu dan ayah. Dan adanya dunia ini dengan segala nikmat adalah atas rasa cinta Allah kepada hambanya. 


Kadang2 terlintas juga di fikiran , lahirnya anak aku suatu hari nanti atas dasar cinta aku kepada siapa, atau mungkin aku tiada lambang cinta di dunia ini untuk dijadikan bukti. Dulu aku yakin Dia orangnya, Pernah berjanji, meyakinkan.. Tapi mungkin tidak sekarang, Senyatanya pepatah melayu itu indah, aku terlupa lidah tidak bertulang, burung bukan bersangkar dan perahu tidak bersauh.


Mungkin Aku termasuk dalam kumpulan seperti yang dibahasakan oleh orang melayu bagai pungguk merindukan bulan. Indah nya dapat kulihat dari jauh sahaja tetapi untuk dekat dan bersama dengan bulan patut Aku lupakan. Pantun yang Dia janjikan tidak akan berlaku dalam hubungan kami , jelas terngiang – ngiang di telinga. 

Apa di harap padi di bendang,
Entahkan jadi entahkan tidak;
Entah – entah di makan helang;
Apa diharap kasihnya orang;
Entahkan jadi entahkan tidak;
Entah – entah disambar orang.




p/s : Kapan bila aku akan ketemukan rusuk ku yang benar... 

No comments:

Post a Comment