Adakah
engkau menganggap aku orang yang paling gembira di kalangan kamu? Aku berdoa tanpa
henti kepada Allah supaya tidak ada lagi manusia “sebertuah” aku di dalam kehidupan
dan percintaan terutamanya kepada anda-anda yang membaca nukilan kosong ini.
Sekurang – kurangnya anda semua boleh mendengar suara orang yang anda kasih
walaupun berjauhan, boleh berjumpa walaupun selalu tidak sefahaman dalam
ikatan. Yang anda sama – sama boleh ketawa, yang anda sama - sama boleh
berjenaka . tapi tidak seperti aku, orang yang aku cinta tiada lagi. Dia sudah
jauh pergi…
Namun
aku mencintai dalam segala keadaan. Tiada penyesalan dalam setiap detik perkenalan.
Walaupun hari ini dia tiada lagi di sisi, aku masih mencintai sama seperti hari
pertama kami berjanji. Aku keseorangan bukan sebab aku tidak dapat mencari
pengganti yang baharu, tapi mencintai dia membuat aku merasa bahagia dan sangat
terharu. Bila mana aku merindui dia, aku
hanya pejamkan mata dan dia akan berada dekat dengan diri ku. Kenapa aku
menutup mata ketika aku tidur, ketika aku membayangkan dan ketika aku menangis?
Itu kerana perkara yang terindah di dunia tidak dapat dilihat. Aku tidak
nantikan dia mencintai aku,cinta dalam hidup aku akan kekal walaupun hanya aku
yang menyinta, aku akan terus menyayangi… cinta yang aku eramkan tidak akan
mudah rosak walaupun dia mencintai orang lain. Aku tidak akan mudah melepaskan
kenangan itu berlalu seperti ringan terbangnya daun kekabu di tiup sang bayu. Cinta
bagi aku umpama kehidupan. Ia tidak selalunya membawa kebahagiaan , tapi selagi
kita masih bernafas kenapa harus kita berhenti untuk menyinta. Ada kebahagiaan
yang kita tak mahu lepaskan, orang-orang yang kita x ingin untuk tinggalkan,
tapi ingatlah melepaskan bukan suatu pengakhiran di dunia tapi awal nya suatu
kehidupan. Kebahagian selalu berada pada orang yang menangis, orang yang disakiti,
orang yang mencari dan pada orang yang mempertahankan sesuatu. Kerana hanya
insan2 seperti ini sahaja yang tahu menghargai orang yang pernah dekat dengan
kehidupanya. Cinta yang agung adalah bila mana kita menitiskan airmata dan
masih peduli kepadanya, ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih
menunggu dengan setia, Cinta yang agung juga adalah bila mana dia mencintai
orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata “aku turut berbahagia”. Cinta
itu kadang kalanya menemui ‘kematian’ namun kita tidak perlu mati bersamanya.
Tidak
kira samada mata anda terbuka atau tertutup, anda akan selalu bermimpi untuk
dicintai. Jadi bagaimana untuk aku menjawab bagaimana cinta itu berlaku? Bila
kamu berada dalam “cinta” kamu tak akan sedar dan ianya ibarat tidur. Jadi
bagaimana untuk aku menjawab bagaimana cinta itu berlaku? Ada beberapa nama
yang tertulis pada hati, dan nama itulah yang selalu di cintai. Jadi bagaimana
untuk aku menjawab bagaimana cinta itu berlaku? Aku hanya mencintai seorang
gadis sepanjang hidup ini dan aku akan terus menyinta untuk selamanya. Aku akan
lalui hidup – hidup mendatang dengan menatap matahari, setiap saat yang berlalu
akan aku cuba untuk menatap dan terus menatap tanpa aku kerlipkan mata. Apa
yang berlaku kepada aku tidak akan berlaku kepada orang lain dan ini adalah
harapan. Semakin hari perasaan kasih itu semakin dalam dan mendalam.
Aku
tidak pernah berdendam. Kerana kebencian adalah ketulahan dalam kehidupan.
Walaupun jalan dan pilihan yang di buat adalah menuju kepada kepahitan dan
kesepian, namun itulah kebahagiaan dalam hati insan seperti aku. Walaupun
perasaan ini membawa aku kepada kematian, itu adalah ketentuan. Aku tidak
perlukan gambar yang sebesar permaidani sebagai kenangan kerana aku sentiasa
melihat dia di mana sahaja apabila aku melihat cinta.
No comments:
Post a Comment