Saturday, 19 November 2011

Betapa besarnya nikmat ALLAH


Jika engkau melihat sebuah gunung
SEDARKAH engkau bahawa Allah pemiliknya
Jika engkau melihat hutan hijau menyubur
SEDARKAH engkau bahawa Allah pemiliknya
Jika engkau merasa lembutnya tiupan sang bayu
SEDARKAH engkau bahawa Allah pemiliknya
Jika engkau melihat sekawan burung berterbangan di angkasa
SEDARKAH engkau bahawa Allah pemiliknya

Jika engkau melihat betapa kuatnya guruh
TAHUKAH engkau bahawa Allah pemiliknya
Jika engkau melihat betapa derasnya arus tsunami
TAHUKAH engkau bahawa Allah pemiliknya
Jika engkau melihat betapa dasyatnya gempa bumi
TAHUKAH engkau bahawa Allah pemiliknya
Jika engkau pernah melihat betapa kuatnya letusan gunung berapi
TAHUKAH engkau bahawa Allah pemiliknya

DAN JIKA ENGKAU MERASA DIRIMU HEBAT
TAHUKAH ENGKAU ALLAH JUGA PEMILIKNYA



Di mana hakmu wahai sang insan? dimana lebihmu berbangding DIA. Apa punyamu, kereta yang besar? Rumah yang megah? Ilmu yang menggunung? Isteri yang cantik? Pangkat yang besar? Pengaruh yang luas? Tanah yang terbentang? Atau nikmat kesihatan yang berpanjangan? Sedarlah wahai insan, hidupmu itu sahaja adalah pinjaman. Apa yang mu miliki tidak berkekalan, sampai masanya diambil tuan. Di dalam kita melakukan dosa dan kemaksiatan , guruh, petir, banjir,tsunami,gempa bumi, tanah runtuh, dan maut hanya bersedia menanti perintah Tuhan. Tapi inilah nikmat dan kemaafan Tuhan, memberi peluang hambaNya membetulkan kesilapan…    

p/s : ‘Engkau’..’insan’.. ‘kamu’ dalam petikan khas kepada si pembuat nukilan

No comments:

Post a Comment