Cinta dan Muzik
Cinta adalah Inspirasi yang hebat. Sama seperti muzik, cinta dan muzik sangat berkait rapat dengan manusia. Kedua-duanya datang dari jiwa manusia. Penghujung kedua-duanya terserah kepada hati dan jiwa untuk meluahkan atau tidak. Jika anda mencintai seseorang, gagahkan kaki anda untuk melangkah dan yakinkan hati, serta kuatkan lidah anda untuk meluahkan. Jangan risau sama ada diterima atau ditolak. Sama seperti bila anda bermain alat muzik yang berada dihadapan anda. Ambil alat muzik itu dan mainkan dengan cara anda, jangan risau sama ada ianya betul atau salah kerana yang menilai hebat atau tidak muzik itu adalah anda.
Bercinta adalah suatu risiko, jika engkau merasakan ianya berhasil ambil risiko tersebut. Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai, itu adalah keistimewaan kehidupan. Begitu juga apabila engkau bermain alat muzik. Pemilihan alat muzik yang sesuai dengan diri sendiri juga sangat penting. Orang yang bijaksana tidak sekali-kali duduk meratapi kegagalanya,tetapi sepenuh hati mencari jalan memulihkan kerugian yang dialami.
Jangan tinggalkan orang yang kita sayang,
untuk orang yang kita suka,
kerana orang yang kita suka,
akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang,
jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang,
tapi sayanglah apa yang kita dapat.
Sayangi sebuah perkenalan,
kerana disitu tercipta kemesraan,
kenangi sebuah kenangan,
kerana disitu tercipta kerinduan,
hargai kedua-duanya,
kerana itu rahmat Tuhan.
No comments:
Post a Comment