Sunday, 15 January 2012


Layar yang kian patah 

Perasaan cinta dimulai dari mata , ianya berlaku apabila matamu terlintas memandang secara tidak sengaja ataupun dirancang. Namun rasa suka dimulai oleh telinga. Jadi jika kamu mahu mencintai seseorang , cukuplah dengan hanya menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba juga untuk menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu akan bertukar menjadi titisan air mata dan terus tinggal dalam hati mu dalam tempoh jarak waktu yang cukup lama.

Allah menciptakan rasa kasih sayang, dengan sifat penyayang Allah memberikan sedikit kasih sayang untuk makhlukNya dan diturunkan kasih dan sayang itu ke dunia. Dengan secebis kasih sayang itu manusia serta makhluk yang lain berkasih sayang sehinggakan induk kuda mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya. Betapa luas kasih sayang Allah kepada makhlukNya.


Cinta itu perasaan yang perlu ada dalam diri setiap manusia, di ibaratkan seperti setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan titis embun itu jatuh yang membezakanya. Jika ia jatuh pada tanuh yang tandus, tumbuhlah ia dengan pendustaan,penipuan,pendurjanaan. Tapi jika ia jatuh pada tanah yang subur , di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, dan setia budi pekerti.

No comments:

Post a Comment