Aku pernah menangis, barangkali hampir semua manusia di dunia ini pernah menangis. Ianya adalah fitrah, peribadi dan naluri seorang insan. Aku pernah menangis, kau pernah menangis dan kami pernah menangis… tapi yang membezakan tangisan kita adalah apa yang menyebabkan kita menangis. Allah yang menciptakan perasaan ini. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini, sebab itu aku tidak malu untuk menangis.
Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Kadang kala tidak sempat gugur ke bumi telah dikesat dengan jari. Mata itu ibarat telaga zam-zam. Ianya kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, sudah lama aku tidak dapat melihat alam ini.
“ walaupun kita putus, kita tetap sahabat kan?…”
Ungkapan yang agak klise dan mungkin ada nya untuk memujuk jiwa. Aku redha, tidak sedetik pun dendam dan marah terpendam. Tapi rasa terkilan tetap tidak dapat aku buangkan. Jika persahabatan yang kau harapkan, aku pula mengharapkan keikhlasan dalam persahabatan. Anda sangat bertuah , kerana saya seorang insan yang tidak tahu membilang, oleh itu saya tidak tahu berapa banyak peluang telah saya berikan sepanjang perkenalan…
p/s : belajar berhenti menangis…
No comments:
Post a Comment