Dua orang sahabat telah berjanji akan berjumpa pada pukul 5 petang di padang. Keesokan harinya salah seorang dari mereka tidak sabar dan bersiap - siap hendak berjumpa sahabatnya kerana sudah BERJANJI. Dia pun tiba di padang dan tunggu dengan sabar. Namun setelah satu jam menunggu rakan yang di tunggu - tunggu tidak juga menampakan diri. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang, namun dia tetap menunggu, dalam hatinya berbisik "mungkin dia ada masalah kejap lagi dia datang" dia pun tunggu untuk jam yang keduanya. Jam tepat menunjukan pukul 7, jangan kata kawan , bayangnya sahaja sudah tidak kelihatan kerana hari semakin gelap. Dalam hati berbisik "setiap manusia ada kelemahan, mungkin dia tertidur, kejap lagi dia bangun la tu". tapi 3 jam yang kemudian sahabatnya masih tidak menampakan diri. Dalam hati berbisik " celaka sungguh, JANJI dan jumpa pukul 5, ni dah pukul 8. kincing punya budak, hidup2 aku ditipunya, jaga la kalau aku jumpa esok, kalau x pecah muka kau jgn paggil aku anak jantan!!"
Tentu kita juga pernah menunggu seperti budak tu, dan pernah ditipu macam tu dan yang paling penting menyumpah lebih teruk kepada yang di tunggu. JANJI itu lafaz nya pada mulut, harus ditepati kata orang melayu pegang haiwan ternakan pada talinya, pegang manusia kerana kata2 (janjinya).
Sedar atau tidak kita orang islam mengucapkan kalimah syahadah. Ber JANJI pada Allah , Dia adalah Tuhan yang layak disembah dan nabi muhamad itu pesuruhNya. Masuk je waktu solat Zohor, Allah tunggu kita untuk solat sebab kita dah JANJI. Pukul 2 tak solat lagi, pukul 3 tak buat lagi last2 masuk waktu Asar, zohor pun xbuat. Agak2 kita adakah Allah redha dengan pemungkiran JANJI yang telah kita buat? Adakah layak bagi raja segala raja menunggu kita, manusia yang hina berjam-jam lamanya? kalau dengan sahabat pun kita dah marah kalau dia JANJI tapi tak turuti inikan pula JANJI seorang hamba kepada Penciptanya. JANJI kita kepada Allah sedikit pun tidak menjejaskan kedudukaNya, tapi sebagai hambaNya yang serba lemah kita berhajat kepada keberkatanNya. Sama2 kita ambil pengajaran sebagai bekalan masa hadapan.
p/s : hamba seorang homo sapien yang tdk suka menunggu...
No comments:
Post a Comment